Naurah 9 month

main ngan toy
Diam tak diam…masuk bulan ke-9 dah anak ibu..semakin berkeletah,aktifnya tak boleh nak jangka…terlebih power agaknya.
Pandai keluar dari walker…nak panjat sofa….ada hati ..terkejut jugak ibu sekilas tak pandang….dah macam2…lagak macam anak laki2 pun ada…Abg Long dulu pun tak macam ni…sekarang hobi dari walker terus nak panjat meja jepun ibu…berjaya pulak tu.
Hobi2 yang biasa masih tak ubah..suka sangat makan kertas..pantang nampak. Semalamnya sian adik terkena mungkin tidak…nangis sedikit terkejut(ibu tak nampak sbb baru nak “landing” di sofa) barangkali terkena sipi dek buku2 dan album oleh kerana kecuaian Kak Ngah dan Abg Long yang terlalu seronok main chaaaakkkk balik bookshelf hingga tak sedar tertolak buku sekali…sib baik tak apa2…tak pasal2 dua2 kena naik tidur awal sebagai denda.
Pastu dia ternampak ulat gonggok semasa merayau2(merangkak)…menatang aper agaknya erkkkk…disentuh2nya…bergulung2 lak tu….takut diambil …dimakannya..baik ibu terus angkat bawa dia lari ketempat lain.
Nampaknya lebih pemantauan terpaksa diberikan al-maklum anakanda ibu semakin aktif kelakuannya…pantang kalau sekali lalu ka..ada aja benda dah tercapai…termakan ..dibuatnya.
Lagik satu suka sangat korek2 segala “matneka” aksesori dalam handbaggggg ibu…huhuhhu..sabor ajelah…kalau kuar duit berkepul2 takpe jugak kan..ini mcm2 adaaaaaa…hahaha!!!











Leave a Reply