Pendarahan semasa kehamilan

***PENTING SEBAGAI RUJUKANKU***(bila dah lalui saat ini..kena cari info dan perlu ambil tahu)

Pengenalan:
Pendarahan semasa mengandung boleh berlaku berpunca dari pelbagai sebab. Ia boleh berlaku di peringkat awal atau akhir kehamilan. Jika seorang wanita itu mengalami pendarahan pada bila-bila masa ketika mengandung, adalah amat penting baginya memberitahu doktor ataupun bidan dengan segera.
Pendarahan ini boleh berlaku dari hanya setompok darah hinggalah kepada pendarahan yang berlebih-lebihan. Ia boleh jadi ringan dan kadang-kadang boleh mengancam nyawa ibu itu sendiri dan janinnya.
Penyebab
Peringkat awal kehamilan
• Keguguran
• Kehamilan ektopik atau di luar rahim
• Kehamilan molar
Peringkat akhir kehamilan
• Abrupsi plasenta
• Plasenta previa
• Kelahiran berdarah
Punca Lain
• Ektropion – perubahan di pangkal rahim (serviks)yang tidak merbahaya yang berlaku di pertengahan kedua kehamilan.
• Jangkitan pada faraj atau kecederaan
• Sebab-sebab yang berkaitan dengan pangkal rahim atau serviks – polips, neoplasia atau servisitis
• Pendarahan selepas persetubuhan
• Tidak diketahui – 50% dari pendarahan yang berlaku ialah di trimester pertama di mana puncanya tidak diketahui

Faktor – faktor risiko
Berbeza-beza bergantung kepada punca pendarahan.l>
Tanda – tanda risiko
• Pendarahan yang sedikit hinggalah berlebih-lebihan
• Boleh jadi sakit dan boleh jadi tidak
• Warna darah berbeza-beza dari warna perang hinggalah ke warna merah cerah.
Komplikasi
• Anemia
• Renjatan (shock)
• Kematian janin atau ibu
• Infeksi atau jangkitan kuman
• Koriokarsinoma atau invasive mole dalam kes ketumbuhan yang berlaku dalam uterus hidatidiform (hydatidiform mole).
• Kelahiran bayi pramatang berserta komplikasi yang berkaitan
• Koagulopati- gangguan pada mekanisma pembekuan darah
Ujian – ujian
Doktor mungkin menjalankan pemeriksaan di bahagian pelvis
Ujian darah, termasuklah:
􀂃 Kiraan sel darah lengkap
􀂃 HCG (Human Chorionic Gonadotrophin), iaitu sejenis hormon yang yang dihasilkan ketika hamil.
Paras HCG
􀂃 Menurun bagi kes keguguran spontan
􀂃 Meningkat begitu tinggi dalam kes kehamilan molar

􀂃 Meningkat secara beransur-ansur untuk kehamilan ektopik atau kehamilan luar rahim.
􀂃 Kumpulan darah dan pengkelasan Rhesus (Rh)
􀂃 Pesakit yang Rhnya negatif memerlukan imun globulin Rho(D) (RhoGAM)
􀂃 Jika berlaku pendarahan berlebihan, pemindahan darah mungkin diperlukan
􀂃 Kajian pembekuan darah (fibrinogen, produk fibrin, platelet)
􀂃 Biasanya bagi pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan atau sewaktu pengguguran tertinggal, kajian ini dilakukan.
 Ultrasound
􀂃 Mendiagnosis kehamilan molar(dengan ketepatan sebanyak 98%)
􀂃 Menentukan bilangan bayi yang dikandung
􀂃 Menolak atau mengecualikan kehadiran kehamilan ektopik
􀂃 Mendiagnosiskan plasenta previa.
Rawatan
Am
• Kebanyakan pesakit di trimester pertama (3 bulan pertama) yang mengalami pendarahan tidak perlu dimasukkan ke hospital. Bagi yang memerlukan, biasanya, mereka hanya dikehendaki berehat di katil dan diawasi dengan rapi.
• Pendarahan yang berlaku di peringkat akhir kehamilan memerlukan pemantauan dalam hospital. Jika pendarahan terus berlaku dan boleh mengancam nyawa ibu atau janinnya, maka pembedahan Caeserean kecemasan mungkin terpaksa dilakukan atau langkah berjaga-jaga akan diambil sehingga janin menjadi lebih matang.
Pembedahan
• Bagi keguguran yang tidak dapat dielakkan atau tidak lengkap, tatacara Pendilatan dan Pengkuretan atau dikenali sebagai D&C (dilatation & curettage) dilakukan.
• Jika keguguran tersebut tidak dapat ditentukan samada lengkap atau tidak: D&C juga dijalankan untuk membuang sisa-sisa yang tertinggal
• Untuk kehamilan molar atau kehamilan ektopik: pembedahan yang sesuai akan dijalankan selepas disahkan diagnosisnya.
Prognosis
Bergantung kepada:
• Penyebab pendarahan faraj
• Keterukan pendarahan
• Kepantasan dan ketepatan diagnosis yang dibuat. selepas disahkan diagnosisnya.
Pencegahan
Tidak ada satu peraturan yang telah ditetapkan untuk mengelak kejadian pendarahan sewaktu mengandung. Walau bagaimanapun, punca pendarahan tersebut perlu diambilkira. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil:
• Bagi kes abrupsi plasenta, terdapat risiko untuk keadaan ini berulang lagi pada kehamilan yang akan datang (lebih kurang 1 dalam 10). Pemantauan yang rapi dan tindakan yang pantas terhadap segala bahaya yang mungkin berlaku pada bayi boleh menjamin keselamatan ibu dan bayi itu sendiri untuk sepanjang waktu kehamilan tanpa gangguan dari sebarang penyakit. Bagi mengelak abrupsi dari terus berlaku, pengambilan asid folik tambahan adalah disyorkan.
• Kedudukan plasenta yang rendah atau pendarahan yang berlaku di waktu awal kehamilan – dinasihatkan supaya berehat secukupnya dan elakkan dari mengadakan hubungan kelamin buat sementara waktu.
• Pendarahan sewaktu mengandung tidak boleh diabaikan! Sebarang pendarahan yang berlaku terutamanya pada trimester ketiga, perlu dilaporkan kepada doktor dengan segera.
Keadaan-Keadaan Yang Boleh Menyebabkan Pendarahan
Keguguran
Kehilangan janin di minggu ke 28 kehamilan diistilahkan sebagai keguguran. Keguguran boleh berlaku di mana-mana peringkat kehamilan dalam separuh waktu pertama kehamilan, tetapi kebanyakannya terjadi dalam masa 12 minggu

berakhir dengan keguguran.
Jika anda mengalami pendarahan melalui faraj yang disertai dengan kekejangan pada bahagian bawah abdomen, ada kemungkinan keguguran berlaku. Pendarahan tersebut boleh berhenti dan kehamilan terus berjalan dengan normal, ataupun, pendarahan dan kekejangan menjadi semakin teruk dan keguguran boleh berlaku.
Sebarang tisu yang tertinggal di dalam rahim sewaktu keguguran boleh dibuang melalui prosedur pembedahan yang dipanggil pembersihan secara sedutan (suction currettage) iaitu pembuangan tisu-tisu yang tertinggal melalui proses sedutan, atau D&C (dilatation & currettage). Prosedur D&C ini biasanya dilakukan dengan mengembang dan melebarkan serviks dan mengikis sisa-sisa tisu janin dari pengalas endometrium secara perlahan-lahan.
Kehamilan ektopik (luar rahim)
Merupakan satu keadaan di mana kehamilan berlaku di luar rahim, biasanya di salah satu tiub Fallopio. Pesakit biasanya mengadu sakit di bahagian pinggang atau pelvis dan pendarahan melalui faraj. Kehilangan darah boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock). Kehamilan ektopik merupakan satu kes kecemasan dan memerlukan rawatan segera.
Mereka yang menghadapi kehamilan jenis ini termasuklah mereka yang pernah menghidap penyakit keradangan pelvis (PID), memilik sejarah kehamilan ektopik atau pernah menjalani pembedahan pada tiub Fallopio.
Kehamilan molar
Keadaan ini dikenali juga sebagai penyakit trofoblastik atau hydatidiform mole. Ia mengakibatkan ketumbuhan sejenis tisu yang luar biasa tetapi bukannya embrio. Rawatan biasanya dengan melakukan pengkuretan atau pembersihan uterus. Lebih kurang 10% dari kes ini boleh menjadi kanser dan memerlukan rawatan yang selanjutnya dengan ubat-ubatan atau dadah.
Abrupsi plasenta
Jika plasenta yang membekalkan nutrien kepada janin terpisah dari tempat asalnya ke dalam dinding uterus (keadaan ini dipanggil abrupsi plasenta), pendarahan mungkin berlaku. Pesakit mungkin mengalami kesakitan di bahagian abdomen dan ketegangan pada uterus.
Jika ada tanda-tanda yang ibu tersebut dalam bahaya, proses kelahiran perlu disegerakan. Jika pendarahan semakin teruk, ibu tersebut mungkin memerlukan transfusi darah. Pembedahan Caeserean mungkin perlu walaupun dalam

keadaan tertentu proses kelahiran secara biasa boleh dilakukan. Keadaan janinlah yang akan menentukan kesegeraaan kelahiran.
Placenta previa
Dalam keadaan ini, plasenta terletak di bahagian bawah rahim dan menutup sebahagian ataupun kesemua pangkal rahim/serviks. Ini membahayakan ibu dan janin. Ia boleh menyebabkan pendarahan berlebihan sebelum dan semasa kelahiran.
Jika plasenta tersebut didapati berdekatan dengan pangkal rahim tetapi tidak menutupnya dan pesakit tidak mengalami pendarahan, beliau dibenarkan berehat di rumah sahaja. Namun begitu, pesakit dinasihatkan supaya menelefon doktor atau hospital dengan segera jika berlaku pendarahan. Sebaliknya, jika pendarahan tidak dapat dikawal, kemungkinan besar pembedahan Caeserean perlukan dilakukan dengan segera untuk menyelamatkan bayi tersebut, walaupun kelahiran itu belum cukup masa (pramasa).
Proses kelahiran
Pendarahan yang banyak merupakan petanda yang seseorang itu hendak bersalin. Ia biasanya bermula dengan terkeluarnya sedikit mukus dan darah melalui serviks.
Jika ini berlaku lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin, ia mungkin merupakan tanda-tanda kelahiran pramasa. Maklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan dengan segera.

About these ads

~ by sirasain on January 25, 2008.

8 Responses to “Pendarahan semasa kehamilan”

  1. urin test negetif…pendarahan melebihi 30 hari…

  2. urin test positif tetapi mengalami pendarahan selama 7 hari berturut-turut

  3. apakah rawatan bagi ibu yang mengalami kesakitan akibat kekejangan uterine?

  4. hamil 11 minggu tapi bila scan kosong takde nampak embyro/janin, doktor2 boleh komen dan bg pandangan?

  5. saya bukan seorang doktor cuma berkongsi artikel utk rujukan sendiri amnya yg masih kekurangan ilmu…kena rujuk yg pakar k!

  6. hamil 4 minggu, tp trpaksa gugurkn kandungan krna blm ready jd ibu. apa kesannya dr sgi psikologi?

  7. Sayang seribu kali sayang…cuba fikirkan nasib ramai ibu2 di luar sana yang Allah belum makbulkan walau teringinnn sangat menjadi seorang ibu…
    Macam saya anak kali ke-4 ini rezeki yg tidak disangka kerana masih merancang tapi Allah tentukan…tp kena terima dgn hati terbuka..ambil yg positif..insya-allah!
    Kalau dari sudut psikologi…tentu ada kesannya dan lebih besar jika selepas ini bercadang dan bersedia menjadi ibu tapi Allah tentukan takde zuriat lagik…..mohonlah keampunan dariNya atas kesilapan diri…moga hati lebih terbuka!
    p/s:saya bukan terbaik utk memberi nasihat…tp atas pengalaman hidup…hidup kena selalu fikir positif supaya kita nampak jalan penyelesaiannya.

  8. saya hamil 6 weeks…tpi ada keluar pendarahan…doc ckp..threaten abortion..
    darah kuar sikit2..tanpa rase saket..harap2..xde ape2 yg jadi kat bby..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,263 other followers

%d bloggers like this: