2011 yang telah berlalu

•January 5, 2012 • Leave a Comment

Assalamualaikum….
Masa berlalu begitu pantas….rutin kehidupan dengan ujian yg macam2x….menghadkan diri berblog lagi di sini sementelah anak bongsu ibu memang kini perlukan perhatian lebih….moga dengan sedikit ujian ini…kami dapat laluinya dan berusaha memulihkannya walau dugaan yg kecil hati tetap dilanda kerisauan.

Maaf kepada yang bertanya sebab tidak dapat meluangkan masa di sini lagi…hanya dapat menjenguk sekali -sekala sahaja kini. Jika ingin berbicara lanjut mengenai maslaah anak2x terutama pasal anak pengidap G6PD….anda dialu2kan…boleh sms ke hp saya jek.

Banyak berita suka dan duka membuka lembaran di awal tahun 2012….baby Hadi Naufal sejak berumur 5 bulan mengalami masalah kekurangan berat badan mendadak…itu merisaukan hati ibu. Sejak itu rutin ke klinik,hospital untuk jumpa doktor juga dietician memenuhi temujanji sejak akhir2x ini….entah mana lagik silapnya…kadang boleh turun berat…demam berlarutan….macam2x juga ibu usahakan bertukar makanan itu dan ini….mudah2xan ada hasilnya nanti.

Minggu depan ke HOSPITAL KAJANG lagi untuk berjumpa dietician…adoi letih la bila rutin sekolah anak2 bermula….musim cuti sekolah ok lagi tapi ni dah bermula balik rutin biasa…nak berfb belah pagi pun jarang sekali….takut terover membelek. Cuma khaskan masa untuk promote bisnes sikit2x…jadi la.

Berita yang menyedihkan pula sahabat lama yg ukhuwah bermula di negara Jepun sewaktu waktu dahulu kini terlantar di wad HUKM….sedih hati bukan kepalang bila dia kini terbaring lemah akibat kanser darah….sempat melawat Jumaat lalu…walau sekejap cuma dapat berbual….dalam hati macam2x ada rasa….sedih,hibadan macam2x lagik.

Buat Kak Tina….moga sentiasa tabah dan kuatkan semangat berjuang melawan penyakit ini….hanya kepada Allah jua tempat kita bermohon mendapatkan kekuatan dan mungkin keajaiban…siapa tahu kan???

Nampaknya sikecil  pun meronta2x walau bersaiz badan kecil lasaknya yang amat dan dah mula pun memanjat sana sini lagi la kan tak boleh dibiar bersendirian…apakandaya blog ibu mungkin akan bersawang lagi….aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Kena minta diri gayanya….

Ketahui Khasiat POKOK JARUM 7 BILAH!!!

•September 29, 2011 • Leave a Comment

Dah bersawang2x blog ini tidak diupdate….walau ada cerita yg ingin dikongsikan kat sini…masa selalunya seakan tidak mengizinkan untuk lama2 berinternet  kini…
Hari ini nak kongsikan rahsia kebaikan pokok yg jadi tanaman kami…di ambil jauh nun Di BUKIT MARAK dari rumah mak….Alahmdulillah hidup jugka ia walau ada sekali tu cam nak mati…yalah kan…masa nak pindahkan dari rumah sewa di Bangi ke rumah sendiri di Taman Pelangi Semenyih…cam dah layuuuuu sangat2x…mujur ia tak merajuk selamanya!!!

Perkembangan Hadi Naufal

•July 2, 2011 • Leave a Comment

Bulan nih masuk 5 bulan anak ibu…tak sempat nak cerita panjang lebar kini…blog pun jarang2 dapat singgah…minta maaf kalau ada yg tak berjawab soklan cepumas dari kawan2 kat sini.

Genap 4 bulan betul2 anak ibu boleh meniarap..lepas tu tension agaknya…tak mau sekejap tapi kini dah kerap meniarap….

Melompat jugak menjadi2 aktifnya…tak larat memegang walau tuan agak kecil tapi agak ceapt perkembangna dari segala segi…terutaam dia suka memerhati dengan jelas dan ketara.

Paling rasa ajaib lagi menghairankan anak ibu boleh menyebut perkataan abah(yg nih abah dengar semasa menjaga dan melihatnyanya).

Kedua Kakak pulak terdengar dia memanggil Kakak dengan jelas dia menyebut tengaharinya sewaktu bermain2 dengannya…dan sebelah petangnya ibu pulak yang terkejut bila dengan jelas terdengar sebutan ibu….adakah sengaja atau tak sengaja..walllahu’aalm…tapi realitinya agak pelik untuk anak seusia 4 bulan lebih boleh menyebut  2 sukukata…keajaiban buat kami….the only one baby ALPHA LIPID dlm famili yg dapat rasa…dapat zat dari awal ibu pregnant hingga kini..Alhamdulillah!!!

Gambar update nanti…..dah nak keluar la pulak..jalan2 cari makan pastu nak hantar stok ALPHA LIPID 2 tin kat customer tetap di Bangi.

Foto2 yg tersadai beberapa bulan daaa dlm pcku…4,5,6 bulan

Dah jadi penduduk tetapTPS!!!

•June 12, 2011 • Leave a Comment

Alhamdulillah mulai 4 Jun 2011 bermulalah siri episod baru…kami menjadi penduduk tetap di Taman Pelangi Semenyih.

Rumah yang dibeli oleh En.Suami dengan harga RM170k dengar khabarnya harga itu amat murah kami dapat milik setelah penantian lebih 3 tahun walaupun pada dasarnya ada banyak lagi kerosakan perlu diperbaiki.

Banyak episod suka dan duka nak memiliki kediaman sendiri terutama dari segi masa setelah pulang 4 tahun lalu dari Jepun memamg terus mencari2 rumah yang sesuai…kejadian yang tersurat dan tersirat dek owner yang “kurang tetap pendirian”…sakitnya hati ini mengingatkan kembali…tapi dah rezeki tersurat untuk kami di sini…pasti ada hikmahnya!

Bila dah masuk banyak pula kerosakan timbul sana sini…aduhaiii…letihnya dengan kehadiran barang2 terutama barang dapur yang agak banyak dibeli masa di Jepun. Bak dilanggar garuda,tongkang@kapal pecah gayanya semua ada…huhu..letih ke hari ini belum selesai masuk seminggu lebih dah…kemas rumah belum habis…dapur pula minggu depan baru nak settle kena perbaiki tukar tile kat singki sebab ada kebocoran air.

Tingkap belum terpasang sepenuhnya…gara2 design tingkap master bed room agak pelik..kena cari tambahan untuk meletakkan rod kayu. Proses drill pun tertangguh minggu nih sebab en.suami jatuh sakit…dek keracunan makan rasanya sebab 2 hari lepas ke Bangi menghantar stok aLPHA LIPID kat customer…konon2 gian nak makan tempat lama menyinggah makan sate…di ordernya sate perut…alahaiiii terus hampir 1 hari terbaring lesu .

Sedikit nota untuk info dan rujukan kami dalam proses pindah hari itu macam2 perlu diselesaikan benda penting sebelum masuk rumah perlu dilistkan di sini:

  1. Urusan upah dan bahan cat mengecat bahagian dalam SAHAJA(luar dah over budget kena tunggu dilain waktu) =Rm2000
  2. Tempahan langsir ikut budget di Nilai 3(senang pergi pilih kain yang berkenan dihati dan tempah)=Rm2000
  3. Upah untuk ubat anai2(cari punya cari dpt diskaun dari harga semasa RM2000 turun 50 % utk tempoh 5 thn gerenti )=RM1150
  4. Barang2 toiletries banyak juga perlu ditukar ganti.
  5. Upah tukar tiles satu bilik yang rosak Rm1130.
  6. Beli perabot penting untuk dilengkapkan seperti meja makan(RM1500),set bilik tidur(RM2000),katil bertingkat untuk anak2(RM1400),almari untuk Kak Ngah Rm800.
  7. Urusan membeli kunci padlock yang sesuai dan tahan lama =RM300

Dalam proses pindah!!!

•May 10, 2011 • Leave a Comment

Salam ingatan buat pembaca yang sudi berkunjung datang ke sini…

Harap maaf jika saya tidak dapat menjawab semua persoalan yang ditanya…kerana terlalu sibuk…dek internet slow banget… dek dalam proses pindah rumah dari Bangi ke Semenyih…banyak yang perlu dilakukan…rumah sana banyak yang perlu ditokoktambah dan perbaiki….rumah  sini yang barang2 perlu masuk kotak sewajarnya dibungkus.

So nampak gaya perlu berehat seketika walau keinginan berblog sentiasa ada cuma kekangan waktu telah membatasi…juga lepas ini mungkin lebih berkisar rentetan perjalan bisnes makan2 yang akan saya mulakan….antara niat yang akan dilaksanakan bila dah pindah rumah sendiri nanti…dah ada peserta pertama untuk Nasi Dagang Putri Saadong…terima kasih T dari PJ atas kesudian….kecil tapak tangan T…tapak rumah akak tadahkan diatas sokongan yang diberi…nanti kita dating bila selesai urusan keams ruamh segala ye!!!Ni projek yang kakan dijalankan pelan2 ikut kemampuan….al maklum ada anak kecil yg perlu diberi perhatian sokmo…full BF lak tuh!!!

  1. Nak buat kelas memasak utk individu or duo dulu mengikut permintaan.
  2. Mulakan bisnes menjual kuih seperti bingka dan kek coklat,kek pisang,kek zebra,kek chiffon dna lain2 menu akan ditambah dari semasa ke semasa.
  3. Tempahan nasi seperti Nasi Kerabu Bukit Marak,Nasi Belauk pun ok,nasi lain kena tgk dulu…mulai akan dibuka tak lama lagi…permulaan 20-30 pax dulu percubaan…itupun kalau ada yang sudi nak merasa.

Itulah dia al-kisahnya….pastu pulak insya-allah nak mula aktifkan diri bulan 6 nanti…since  dah jadi WARGA TETAP…..PENDUDUK TAMAN PELANGI SEMENYIH!!!

p/s:walau blog ini sepi…tapi insya-allah akan dijenguk dari semasa ke semasa jika ada masa….sayang oiiiii…blog kenangan yang dengna susah payah dibina kat Jepun…untuk  kongsi2 cerita…simpan2 artikel menarik….buat yg ada persoalan boleh contact saya direct ke 013-6406625 untuk lebih cepat feedback k..kalauuuuu ada!!! Maaf kena permisi diri…masa itu amat berharga buat masa sekarangggggg iniiiiiiiiiiii!!!!

Tsunami Mengganas!!!

•April 1, 2011 • Leave a Comment

Dahsyatnya Tsunami mengganas…cerita bermula di kampungku… tenguk kebakaran kat kawasan tanah tinggi….sedang leka tiba2 Tsunami boleh datang dari tempat berbukit tinggi…tingginya seperti dalam news yang dok lapor kat tv tentang Tsunami yang melanda Perairan Timur Honshu…sempat ambil bekalan air…dan beritahu keluarga untuk menyelamatkan diri…yang pelik tiap kali menyelamatkan diri..memang tak terkena limpahan air tsunami…selamat…tidak basah…dan yang pelik tetiba berjumpa dengan rakyat jepun yang terkandas…dan paling takut banyak kali Tsunami datang entah dari mana arah….Ya-allah takutnya bencana yang Engkau timpakan…yang hanya sedikit cuma baru tuh…terfikir dalam hati!

Last ending bila Tsunami reda…dapat balik jenguk tengok rumah…masih tersergam tapi sudah rosak…berlubang2 dindingnya. Paling menyayat hati….tanyakan khabar keluarga yang lain selamat….cuma ke-empat2 anakku tiada khabar berita…..terus teresak2 menangissssss…sampai terjaga dari tidur…Allahuakbar ingatkan betul2 pulak…basah pipi.

Mungkin sebab tengahari tu semasa berfb…jumpa kawan lama satu UPM pastu dok berchatting kuar topik ceritaku tentang pengalaman kami suami isteri dan anak2 semasa di Jepun….memangbenar kejadian gempa agak kerpa berlaku…apa yang ku  alami  yang paling kuat “jishin@gempa bumi” pada skala richter 6.7..masa tu kat railway bawah tanah di Chiba Eki….nampak orang dalam kedai dok terhoyong hayang…masa tu elok2 selepas turun dari monorel yg jenis gantung…memang tak dapat dibayangkan kalau gempa tu terjadi masa kami dalam kete api gantung…

Allahuakbar itu baru dalam mimpi…entah macam mana yang realiti ujian dariNYA…apapun suatu pengajaran dalam mimpi yg kudapattttt!!!

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Maksudnya: Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar – (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Cerita Ceriti Dalam Pantang

•March 11, 2011 • 1 Comment

Edisi tertangguh sejak melahirkan baby nih…masa tidurku dah lariiiii….so waktu menulis pun agak susah dicari walau banyak nak kongsikan cerita terutama cerita org2 perempuan dalam pantang….

Bermula cerita pasal sakit rengat…

Ooooo  sakitttttnya….dah lepas sakit nak beranak  hilanggggg datang pulak sakit nih….hari itupun hampir 4 hari juga nak hilang….apa yg penting amalakn setiap hari bertungku….dan lebih kerap supaya rahim yg nampak timbul2 kat perut tu boleh surut…lagi satu petua kena kerap menyusu baby….

Amalan bertungku:

Elok diamalkan untuk mengecutkan rahim…buat kalau boleh 2 x sehari terutama minggu pertama dan kedua dan kalau rajin sehingga habis pantang…lagi bagus!!!

Berurut:

Sempat 2 kali baru berurut….minggu pertama bagi bersalin normal tanpa jahitan boleh terus beurut…kalau yg kena jahit tu…paling penting pastikan tempat jahitan dah ok….masuk minggu kedua biasanya jahitan dah baik….yang syok kali ni dpt tukang urut betul2 orang lama so banyak petua diturunkan…sambil urat2 dibetulkan sambil tu menimba ilmu dari orang lama…dari Hajah Nonyah dari Kg Dato Abu Bakar Baginda…tukang urut berumur 79 tahun tapi masih kuat kudratnya….banyak petuanya yg diturunkan ……adik2 sekitar Bangi dan Kajang yang berminat nak dapatkan khidmatnya bolehlah sms saya yer…boleh jadi tukang promote…amik komisen gitu…JANGAN…asalkan dapat pahala sikit2 pun jadilah… kongsi2 info untuk ibu diluar sana!!!

Ubat Bunjut:

Ada lagi satu petua belum tulis…hampir terlupa(foto belum diupload)…kali ini baru dapat tau darinya petua untuk keluarkan bau darah yg hanyir dan sempitkan faraj…boleh beli darinya…berupa ala2 sup bunjut utk dimasukkan dalam faraj dalam tempoh 4 jam…so nanti akan dapat tgk resultnya serta merta selepas itu…beli aje…utk kebaiakn diri…ambil 10 uncang!!!

Mandi Dalam Pantang:

Bahan2 utk mandian

Bahan2 mandian jika ada:

Daun serai wangi,daun lengkuas,daun pandan,daun kunyit,bunga kantan,mengkudu,daun limau purut,sireh,tulang2,halba,tawas,sedikit garam….

Pokok tulang2

Petua banyakkan air susu..makan..menu perlu ada lobak putih!!!

Pantang larang:

Air Nira JANGAN sekali2 pandai2 nak minum semasa pantang…bahaya walaupun peranakan kita..boleh terkeluar dari tempatnya…paham2 ajelah bak iklan Adibah Noor kat tv tu…huhu(terutama utk ore Kelate yg suka minum2…since dia tau ku org belah sana)

Untuk menu dalam pantang boleh rujuk sini….

Ok la itu serba sedikit cerita…ada soklan boleh kita bual bicara..panjangkan cerita ini!!!

HADI NAUFAL…Anugerah ke-4 Keluargaku!!!

•March 2, 2011 • Leave a Comment

Edisi tertangguh…hari ini dah masuk hari ke-17 pun dalam pantang begitulah umur baby terbaru kami…HADI NAUFAL(Pemimpin dermawan…setelah jenuh berfikir dan memilih akhirnya abah setuju ngan pilihan ibu pada hari mendaftar nama)dilahirkan pada 14  Febuari 2011 jam 6:40 pagi bersama 11 Rabiulawal 1432H…kali ini baby boy melengkapkan sepasang girl dan sepasang boy…cukuplah tu bukan serik tapi umur dah meningkat..bukan remaja nak masuk 40 nih lagi 3 tahun daaaa…sementelah para nurse2 dan doktor2 pun dah bising tanya nak rancang pakai aper???

Untuk rujukanku:

Hari ke-5/18 Febuari/Jumaat:Nama diberi HADI NAUFAL BIN AZHAR

Hari ke-6/19 Febuari:Tali pusat dah tanggal dah…alhamdulillah.

Cerita pasal pengalaman bersalin:

Kira kali ke-4 merasai perit getir perjuangan seorang ibu bertaruh nyawa…kali nih memilih Hospital Serdang.

Seawal jam 2 pagi pada 14 Febuari dah mula merasa kelainan pada perutku…memang tak lena dibuatnya…masuk jam 3-4 pagi kontraksi makin kerap…sempat kejutkan cik abe yg baru terlena…tak terbangun2 dia…siap main masak air…bancuh2 oat..makan baru kejutkan dia yg tgh mamai2 gitu…bagitau rasa macam dah tiba saatnya…tapi cakap nak mandi dulu apahal pun…Abg long n Kak ngah tak ikut cuma Kak chik je peneman so tak dptlah ibu berteman waktu bersalin.

Jam 4:30 baru bertolak ke hospital….dah daftar segala….bagi sample air kencing…baru jek nak landing kat katil….popppp..mcm air ketuban dah pecah dah….bila chek…lendir ngna darah pun dah kuar….masanya tak lama la tu…tgk masa tu elok2 kul 5.

Dah pakai alat utk tgk kekerapan kontraksi…isk terasa gelisah makin gelisah..keruan tak keruan….yg selalu dirasai bila time baby nak kuar ni…nurse tak dtg2 pulak…sempat turun jalan2 jap sebab nak baring jek cam tak best dan tak selesa dah…elok jek doktor dtg nak periksa bukaan rahim….tu dia eh dah 8 cm punnnnnn….nak kata nak meneran tak terasa lagi…apa lagi dorang bergegas alih ke katil lain sorong ke labour room.

Terkena kali ni dpt nurse garang giler..doktor entah ke mana dah…dari awal2 hingga selesai tu dia….bisingnya Ya Allah….dah la aku tgh sakittttt ta ketahuan….bertambah sakit jadinya dgr dia mengomelllll….masa nak meneran salah…tak sengaja nak tertutup peha pun salah…terteran laju pun salah bila dia kata baby mcm dah slow bernafas apa lagi aku sekuat hati meneran….aku menjerit tahan sakit pun semua salah di matanya….masa nak menjahit pun salah masih nak marah2(org terangkat punggung pun salah mcm boleh ditahan2 rasa sakit agaknya bagi dia…bising agaknya kerja dia bertambah jadi tukagn jahit)…ada tumpah darah sedikit lagi la bisingnya takde org datang menolong….tensionnnnnya bila diingat balik. Kalaulah dia cakap2 elok2 kurang2 banyak pahala dia dapat menolong para ibu yg bersalin…ni tidak kalau boleh sumbat telinga mau jek aku tutup dari dengar ngomelannya.

Alhamdullillah selesai sudah…mujur dari anak pertama hingga ke-4 semuanya ambil masa tak lama kesakitan…dlm 2-4 jam jek…lepas 3 jam lebih tertidur lagi kat labour room…baru disorong ke wad 5E..dpt katil no.1…sebilik 4 org…menunggu abah dtg bawa bekalan….tadi dah terlepas waktu makan…so kelaparan jugak lah jawabnya hingga kul 10 lebih…apa lagi sampai2 abah terus minta bancuhkan alpha lipid dulu utk kecergasan baru mkn biskut dan milo.

Petangnya selesai urusan chek segala oleh nurse dan doktor….dapat green light boleh discaj(rm155 semuanya kos tp dpt free la kan sbb cik abe kakitangan kerajajn)…sukanya hati….takyah bermalam…hujan pulak kat luar….sampai rumah jam 8 malam lebih kurang…di sambut anak2…alhamdulillah 3 beradik boleh berdikari menjaga diri sendiri masing2….

Bermulalah episod proses berpantang sendiri2 aje….makku memang dah tak larat dan ku pun dah faham situasinya…mak mertua tetiba ada hal di SP….Mr.MAMA lah menjaga sepenuhnya utk semingu nih…sambil2 tu ambil jugaklah foto2 kenangan utk diabadikan khas buat anak2…amalan masa pantang bertungku sempat buat 10 hari jek 2 x sehari. Suplemen yg ku ambil cuma susu kolostrum ALPHA LIPID LIFELINE  dan JELLY GAMAT LUXOR aje nak makan makjun2 ni sebab baby ada sikit kuning2 so x berani ambil cuma masa hari ke-44 pantang baru nak start dgn MAKJUN WARISAN KELUARGA yg ku sendiri amalkan sebelum ini untuk elokkan peranakan juga menyempitkan apa yg patut.

Foto yang semapt diambil utk kenangan sekitar minggu pertama…

Ok la panjang sudah ceritanya walau belum habis nak bercerita…ada masa boleh sambung lagi….boleh citer aduhai sakitnyaaaa….pasal sakit rengat,menu berpantang yang disediakan oleh Mr.MAMA dll.

Risiko Jaudice/Demam Kuning???

•February 24, 2011 • Leave a Comment

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:

  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan.
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Apa itu jaundis?

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?

  1. Fisiologi jaundis
  2. Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

  3. Patologi jaundis
    • Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).
    • G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
    • Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
  4. Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:

  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :

  • Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
  • Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
  • Bayi anda sihat dan aktif.

Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :

  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat
  • Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:

  • Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  • Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)

Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:

  1. Rawatan foto
  2. Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.

    Rawatan foto pada bayi yang mengalami jaundis.
    Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.

  3. Pertukaran darah.
  4. Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.

Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.

Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Apendiks

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:

  • Makanan : kacang parang
  • Herba cina yang tertentu
  • Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
    • Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
  • Bahan kimia
    • Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)

Jaundis Neonatal (penyakit kuning bayi juga disebut demam kuning)

Jaundis Neonatal serang bayi baru lahir

Oleh DR ASMUNNI YAHYA
Pakar Perunding Paediatrik

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.

Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.

Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.

Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.

Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis.

Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.

Penyakit kuning tak berkonjugat

Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran.

Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.

Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).

Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:
Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi – iaitu faktor rhesus atau ABO
Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)
Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis)

Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan ‘breast milk jaundice’.

‘Breast milk jaundice’ boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen ‘beta glukoronidase’ yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.

Penyakit kuning berkonjugat

Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.

Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.

Kesan-kesan jaundis

Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).

Rawatan jaundis

Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.

Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.

Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.

Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui ‘home phototherapy; di rumah anda.

Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.

Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.

Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.

Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Ini dari pengalamanku sendiri:

Just nak share…mungkin lain orang lain ikhtiarnya dan berjaya sedikit mengurangkan masalah kuning anak2…

Macam saya baru melahirkan baby ke-4 dan  hari ini dah masuk ke-11 hari …baby boy kali nasib baik takde G6PD seperti Abang Longnya…yg kena warded sampai 10 hari sbb kuning teruk klu baby ada G6PD.
Apa yg saya buat…dpt tips dari sorang makcik masa kat klinik kesihatan bangi…dia kata mandikan baby dgn air aloe vera…dia wat utk cucunya…so lepas dpt tau..suami terus pergi beli kat Nursery kawannya kat depan HITACHI Bangi…saya terus cuba pada hari ke-5…sambil tu jgn abaikan pula kerap menyusu baby memang perlu diambil berat juga elakkan dari mengambil sebarang jamu..mudah2an dpt membantu.
Bacaannya ikut hari buat TSB…kali pertama hingga 3 kena 3 hari berturut2 ambil darah:
1)11.8mg

2)12 mg(baru amalkan mandian air aloe vera)
3)9.7mg(masih amalkan)
4)9.1mg(masih amalkan)

5)7.6mg(sehari sebelum dok bg minum air Zam2 juga jus anggur hijau juga petua nih)

***so doktor kata dah tak payah buat TSB cuma make sure menyusu badan kerap…alhamdulillah)

Lain2 Petua dari Orang2 Tua Dulu2:

1)Mandikan dengna air daun kucai.

2)Mandikan dengan air daun inai.

3)Mandikan dengan air daun belimbing dan buahnya sekali.

4)beri minum air anggur hitam atau hijau..kalau dapat pilih yg manis!

Rujukan lain:

http://www.petuanenek.com/kesihatan/demam-kuning-atau-jaundice-kepada-bayi

Antaranya yang lain ialah:

  • Menjemur bayi pada sebelah pagi di bawah matahari yang tidak terlalu panas. Tutup mata bayi dengan kain supaya tidak terkena silau.
  • Beri bayi lebih air masak atau air zam zam(seelok2nya) supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
  • Susukan bayi sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.
  • Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.
  • Tinggalkan dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.
  • Rebus kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.
  • Beri bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.(***info terbaru yg saya dpt kurang sesuai diamalkan)
  • Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
  • Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
  • Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Siri Sambungan Amalan Berpantang!!!

•January 19, 2011 • 1 Comment

Assalamualaikum…

Nak letakkan info di sini untuk panduanku….lagi sebulan menunggu due..setiap kali nak hampir2 ke due…setiap kali itu jugak tercari info lengkap…so senang nak merujuk bila letak kat blog..jom baca sama2 k untuk persediaan ibu berpantang!!!

 

Secara asasnya proses berpantang ialah minum air akar kayu, berpilis, berparam, berbengkung, bertungku dan bertangas. Proses berpantang amat bagus dilakukan bagi memulihkan kesihatan tubuh ibu seperti sedia kala. Namun bantuan ahli keluarga terutamanya suami amat penting sekali supaya proses berpantang boleh dilakukan dengan lancar, maklumlah dengan adanya kehadiran anak kecil.

Terbaik, penjagaan diri dimulakan sebaik sahaja melahirkan anak pertama. Wanita yang tidak menjaga rapi tubuhnya selepas bersalin, diri sendiri juga yang rugi. Terutamanya semasa tempoh berpantang 44 hari kalau boleh elakkan keluar rumah seperti menonton wayang, membeli belah dan membuat perjalanan jauh. Kesannya hanya akan ketara selepas beberapa tahun seperti badan bisa-bisa, lesu, perut selalu masuk angain, mudah lenguh, muka pucat, peranakan longgar, cepat berair dan berbau busuk ketika bersenggama, penglihatan terjejas dan paling teruk peranakan terkeluar dari tempatnya (tombong).

Suami pula perlu bertolak ansur untuk memastikan kesihatan dalaman ibu benar-benar pulih sebelum mencampuri isteri. Walaupun berhak bersama selepas nifas, bagi saya tetap bahaya kerana rahim dan peranakan isteri masih dalam proses penyembuhan. Walaupun dari segi fizikal kelihatan sihat, luka di dalam mengambil masa untuk benar-benar sembuh.

Senarai amalan berpantang

1. Jangan banyak minum, cuma tiga teguk sekali minum dan hanyalah air panas. Terlalu banyak minum air menyebabkan peranakan lambat bercantum rapat.

2. Jikalau makan nasi, ambillah sekepal yang masih panas.

3. Amalkan minum air rebusan akar kayu, air rebusan halia dengan lada hitam, jamu bersalin; dan asah, tumbuk atau rebus biji manjakani dan diminum airnya. Biji manjakani bagus untuk mencegah lelehan faraj sewaktu kehamilan akan datang.

4. Dilarang keras minum minuman berais dan kacang soya.

5. Elakkan makan jambu batu, kekacang, nanas, sesetengah tumbuhan menjalar, nangka, labu, dan nasi sejuk kerana ia menyejukkan badan. Jambu batu selalu dikaitkan dengan Vitamin C iaitu bersifat sejuk. Lagipun makanan ini menyebabkan peranakan berair terlalu banyak semasa bersama suami.

6. Elakkan makanan yang gatal seperti makanan laut, telur, dan ayam daging kerana khuatir luka dalaman bernanah.

7. Pemakanan yang digalakkan termasuk lada hitam, halia, sup, kunyit, dan ikan yang boleh menghangat dan memberi tenaga.

Amalan Dalam Hari

1. Kaki tidak boleh dibuka luas dikhuatiri peranakan longgar. Duduk bersimpuh sememangnya mengetatkan otot faraj dalam jangka masa panjang untuk mewujudkan hubungan suami isteri yang lebih bermakna.

2. Sewaktu berbaring, jangan mengalihkan badan ke kiri dan kanan sesuka hati. Untuk menjaga rahim tetap pada kedudukan, tidur terlentang dengan disendal bantal di kiri dan kanan.

3. Ibu dalam hari mudah masuk angin, jadi perlu pakai baju lengan panjang, rambut diikat tegang (bunjut), berstokin ketat, jangan mandi basah kepala manakala lubang telinga disumbat bawang putih. Ibu jari kaki dilumur kunyit hidup. Amalan ini mengelakkan gila meroyan.

4. Jangan abaikan pemakaian coli sewaktu berpantang kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dengan susu akan kendur dan jatuh. Tips mudah, gunakan nursing bra.

5. Sapukan campuran kapur sirih dan perahan limau nipis pada perut. Kemudian, ikat ketat barut/bengkung panjang dari bawah payudara meliputi bawah punggung hingga pangkal paha. Bengkung dipakai selama 44 hari. Ramuan berfungsi untuk mengecutkan rahim, manakala bengkung mengempiskan kulit perut dan mengelakkan punggung melendur.

6. Dua minggu pertama elakkan mencangkung sewaktu membuang air dikhuatiri peranakan lenjan dan mudah terkeluar. Sebaiknya guna tandas duduk dan kaki dibuka sederhana luas.

7. Elakkan bergerak cergas ke sana ke mari dan elakkan mengangkat benda berat kerana boleh membentankan peranakan.

8. Air mandian yang baik biarlah air suam yang dicampur serai wangi, daun pandan, daun seringan, daun jambu batu, daun pisang batu, dan daun lengkuas.

9. Selepas mandi sapukan pilis, iaitu memupuk kunyit di dahi dan pakailah bengkung.

10. Amalkan bertungku dengan tungku panas yang dibalut daun mengkudu. Bertungku memudahkan urutan sengkak dilakukan agar rahim mudah kembali pada tempat asal dan mengurangkan rasa sakit ketika urutan.

11. Amalan berurut seluruh badan dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut. Sebaiknya dilakukan selepas mandi dan bertungku.

12. Rebus bahan tangas seperti asam gelugur, garam jantan, daun sirih, daun inai, halia dan manjakani hingga mendidih. Angkat dan letakkan di bawah kaki agar asap panas naik ke vagina kira-kira 20 minit. Amalan ini boleh juga dibuat seperti sauna. Air yang telah sejuk boleh dibuat pencuci vagina. Amalan ini berfungsi untuk menyembuhkan luka dan jahitan, mengetatkan alat sulit, mengecutkan rahim serta otot-otot yang kembang.

Sumber Rujukan:Facebook : Raja Fatimah Nazli

Pantang selepas bersalin: Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

bengkung
Amalan berbengkung dapat mengempiskan perut selain mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin. Bengkung perlu dipakai sekurang-kurangnya lima jam sehari dan jika mampu wanita digalakkan berbengkung semula pada sebelah malam
bagi membentuk semula tubuh, ibu bersalin perlu memakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
ia juga Sebagai sokongan kepada perut lepas bersalin agar boleh berdiri dengan lurus dan mudah bergerak. Juga untuk mengelakkan dari berasa sakit setiap kali terbatuk atau terbersin.
bantuan kepada tulang belakang buat ibu-ibu yg baru lepas bersalin. Ia juga berkesan untuk menghilangkan sakit belakang yang dialami sewaktu mengandung dan proses kelahiran.
Pemakaian bengkung sehingga paras paha lebih digalakkan, kerana ia membentuk semula bahagian badan yang berlemak. Malah, untuk mengembalikan bentuk tubuh asal ibu bersalin digalakkan memakai bengkung selama 44 hari

bertungku
wanita perlu bertungku bagi mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Tungku yang dilapik dengan kain dibalut bersama daun mengkuang dan pandan.
Amalan bertungku juga berkesan untuk membuang lendir angin selain memecahkan lemak degil. Bertungku dilakukan sekurang-kurangnya setengah jam dan bahagian paling dititikberatkan adalah paha dan perut

urutan
Urutan selepas bersalin penting untuk mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum mengandung, mengurangkan ketegangan akibat kepenatan selepas melahirkan anak,melancarkan peredaran darah, membetulkan urat yang tegang semasa melahirkan anak,menenangkan fikiran, melancarkan pengaliran darah nifas, mengembalikan rahim ke tempat asalnya, membuang angin dan menyihatkan badan
1) URUTAN SELEPAS BERSALIN
-NAIKKAN PERANAKAN
-NAIKKAN SERI MUKA
-KEMBALIKAN TENAGA
-MEMULIHKAN BADAN

Seelok-eloknya badan diurut sebulan sekali selepas habis pantang terutama di perut kerana angin berkumpul di situ. Kebanyakan penyakit yang datang dalam tempoh berpantang juga berpunca daripada perut.
Selepas bersalin, kedudukan peranakan wanita sedikit ‘lari’ daripada kedudukan asal. Urutan bertujuan menaikkan rahim dan tidak boleh dilakukan dengan kasar terutama di perut kerana ia dikhuatiri menyebabkan kecederaan dalaman,

Pemakanan Ibu Dalam Pantang Masyarakat Melayu
Pemakanan antara aspek yang diambil berat semasa wanita dalam pantang. Makanan yang boleh memberi kesan baik kepada kesihatan ibu dan bayi elok diamalkan. Sebaliknya pula, makanan yang boleh mengganggu penyembuhan ibu serta kesihatan bayi elok dielakkan.
* Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim.
* Makan tepat pada masanya untuk mengelakkan perut dan badan masuk angin.
* Nasi atau roti ambil dalam kadar yang sepatutnya. Jangan terlalu banyak.
* Makan biar sedikit tetapi kerap untuk mempercepatkan badan kembali ke bentuk asal.
* Air juga begitu. Minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Jangan kurangkan pengambilan air kerana badan ibu sangat memerlukan air untuk penyembuhan disamping ia dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu.
* Buah terbaik adalah buah oren kerana ia mengandungi banyak vitamin C yang membantu penyembuhan luka disamping fiber untuk melawaskan.
* Ikan terbaik adalah ikan haruan kerana ia mempercepatkan penyembuhan luka. Namun jangan amalkan makan ikan haruan setiap hari. Seminggu maksima 3 kali.
* Ayam – seelok-eloknya ayam kampung dan ayam dara.
* masakan yang dianjurkan adalah sama ada bakar, rebus, kukus atau panggang.
* Makanan yang dimasak elok ditambah rempah-rempah yang memanaskan seperti lada hitam, halia dan bawang putih.
* Kunyit pula bagus kerana khasiat perubatannya selain mengecutkan rahim.
* Perisa lain adalah yang boleh digunakan seperti asam keping/gelugur, asam limau dan asam jawa.

Elakkan
* Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
* Makanan yang dilarang antaranya yang bersifat sejuk, berangin, gatal-gatal dan tajam/berbisa.
* Jangan mengambil air teh atau air batu semasa dalam tempoh berpantang.
* Elakkan nenas, rebung, mangga dan jambu batu serta kebanyakan buah-buahan tempatan.
* Elakkan ikan sembilang, ikan keli, ikan kembung dan ikan pari kerana ia berduri.
* Elakkan menggoreng terutamanya dengan minyak banyak.

1. Ikan yg berduri & berbisa (terubuk, pari, parang) – badan bisa & bentan
2. Ikan masin + kering – nifas bau busuk
3. Udang, sotong, kerang, ikan kembung dan beberapa lg seafood – kulit gatal2
4. Sayur menjalar + sejuk + berangin (timun, kankung, petola, kacang panjang, terung, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
5. Buah yang sejuk (tembikai, betik, pisang, nangka, jambu, etc) – sakit tulang, sejuk otot, lemah sendi
6. Air sejuk, air gas, air kelapa muda, cincau – sama seperti kesan buah dan sayur yang sejuk

ubatan herba
ibu bersalin juga akan diberi minuman herba iaitu campuran kunyit, asam gelugur, daun sirih dan gula Melaka. Minuman ini berkhasiat mengembalikan tenaga wanita selepas melalui perit melahirkan anak.
Minuman Herba/Rempah
“Selain mengecutkan rahim, minuman ini merangsang aroma badan lebih wangi
amalan mandi 44 jenis air rebusan rempah ratus seperti daun inai, serai wangi, daun pisang kering, bunga kantan dan daun kunyit juga penting bagi membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan selain mengembalikan kesegaran.

Faedah
* Memanaskan badan
* Mengurangkan berat
* Mewangi tubuh
* Membuang toksin dalam badan
* Mengecutkan Peranakan

pilis
Pilis ialah campuran ramuan remah-rempah yang disapukan pada dahi untuk mengelakkan rasa pening-pening, sakit kepala atau pitam.

Faedah
* Dipercayai boleh mengelakkan berlakunya rabun ketika usia muda.
* Pemakai pilis akan merasa nyaman dan berangin, jadi rasa mengantuk dan letih dapat dielakkan.

Tempel/Tapel
* Tempel atau tapel adalah campuran rempah/herba yang disapu pada perut.

Faedah
* menghangatkan perut supaya tidak ‘masuk angin’
* mengencangkan kembali otot perut ibu selepas bersalin

Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam (tuut) akan berlaku apabila (tuut) dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam (tuut) akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Nifas selepas bersalin
Nifas adalah darah yang keluar dari rahim disebabkan melahirkan, baik sebelum, bersamaan atau sesudah melahirkan
Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, “Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi.”[HR Ibn Adi]
Lamanya masa nifas itu menurut penelitian rata-rata 40 hari Ada yang hanya satu hari. Ada pula yang sampai 60 hari Jadi paling pendeknya nifas itu sekejab (sebentar saja). Paling lamanya 60 hari. Kalau lebih dari 60 hari dihukumkanlah darah yang masih keluar itu sebagai darah istihadhah.

Apakah itu darah istihadah?
Dari Aisyah ra,” sesungguhnya ia (istihadhah) adalah perdarahan akibat radang mulut rahim (cervix) dan bukan haidh.”[hadis riwayat bukhari]
Darah istihadah ialah darah penyakit yg keluar dari hujung urat yg berada di bawah rahim perempuandiwaktu selain waktu haid dan nifas yang terpanjang, baik darah ini keluar mengiringi darah haid atau tidak.
Dari Fatimah binti Abi Hubaisy, beliau ddatangi darah istihadah, lalu Rasulullah saw bersabda, “Darah haid ialah darah berwarna hitam biasanya dikenali oleh kaum wanita, bila begitu keaaannya, hendaklah anda berhenti dari menunaikan solat. Jika darah tersebut sebaliknya(tidak berwarna hitam), maka hendaklah anda berwudhu’ dan menunaikan solat, kerana ia merupakan darah istihadah.”[Hadis riwayat Abu dawud]

Hal-hal yang Diharamkan bagi Wanita yang Nifas
Para ulama telah bersepakat bahwa wanita yang sedang nifas diharamkan melakukan apa saja yang diharamkan bagi wanita yang haid. Antara lain,
1. Sholat.
Wanita yang haid dan nifas haram melakukan shalat fardhu maupun sunnah, dan mereka tidak perlu menggantinya apabila suci. (Ibnu Hazm di dalam kitabnya al-Muhalla)
2. Puasa.
Wanita yang sedang nifas tidak boleh melakukan puasa wajib maupun sunnah. Akan tetapi ia wajib mengqadha puasa wajib yang ia tinggalkan pada masa nifas. Berdasarkan hadits Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Ketika kami mengalami haid, kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha shalat.” (Muttafaq ‘alaih)
3. Thawaf.
Wanita haid dan nifas diharamkan melakukan thawaf keliling ka’bah, baik yang wajib maupun sunnah, dan tidah sah thawafnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Lakukanlah apa yang dilakukan jamaah haji, hanya saja jangan melakukan thawaf di ka’bah sampai kamu suci.” (HR. Bukhari dan Muslim)
4. Jima’.
(Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata, “Menggauli wanita nifas sama halnya dengan wanita haid, hukumnya haram menurut kesepakatan ulama.” (Lihat Majmu’ Fatawa))
5. Tidak bleh diceraikan.
Diharamkan bagi suami menceraikan istrinya yang sedang haid atau nifas. Allah Ta’ala berfirman, yang artinya, “Hai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (dengan wajar).” (Qs. ath-Thalaq: 1)

MANDI WILADAH (MANDI LEPAS BERSALIN)
“Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala”.
Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin. Dan diwajibkan juga mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Ringkasan FAKTA: Rawatan selepas bersalin

Mandi air akar kayu dan rempah
-Membuang bau hanyir
-Mengembalikan kecergasan badan
-Mencantumkan urat putus

Urut
-Melancarkan pengaliran darah
-Menaikkan rahim
-Membetulkan urat
-Memecah lemak
-Membentuk tubuh

Bertungku
-Mengecutkan rahim bengkak
-Memecah lemak
-Membuang angin dalam badan
-Merangsang peredaran darah
-Memanaskan badan

Berbengkung
-Mengembalikan bentuk badan
-Mengelak risiko perut buncit
-Mengekalkan kepanasan tubuh

Minuman Herba
-Memanaskan badan
-Mengurangkan berat
-Mewangi tubuh
-Membuang toksin dalam badan

jika tubuh badan anda tidak dirawat dengan betul, beberapa kesan-kesan bersalin seperti berikut akan anda alami:-

* Buncit di bahagian perut
* Badan mengalami kegemukan
* Kulit keliling perut menjadi kendur
* Badan menjadi lemah
* Urat-urat badan terasa bengkak
* Parut belang harimau pada kulit perut akibat kesan ketegangan sewaktu mengandung
* Pinggang yang lebar
* Luka pada jahitan

rungutan biasa wanita selepas bersalin yg meremehkan pantang.
1.Badan selalu rasa sengal-sengal
2.Bentuk badan kurang menarik
3.Cepat rasa letih
perbandingan dgn masyarakat lain

pantang masyarakat india
Menurutnya, masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh 30 hari yang pertama sanak-saudara atau jirantetangga tidak digalakkan berkunjung ke rumah bayi yang baru dilahirkan.
Dalam tempoh dua bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat seperti mengisar, membancuh air asam jawa, berjalan di atas lantai simen baru, merendamkan tangan dalam air soda atau pencuci kain. Ini kerana aktiviti seumpama ini boleh menyebabkan mereka demam atau janni yang mungkin membahayakan nyawa si ibu.

pantang masyarakat cina
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

pantang masyarakat iban
Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.

amalan perubatan moden kebanyakanya agak bertentangan dgn amalan traditional., .maklumlah ..perubatan moden dicelup dari rawatan cara barat .. yg hanya bertindak melaui teori sains.. dan kadangkala memalsukan teori dan diajarkan kepada negara islam..

contohnya seperti diatas.. barat mengajar makan buah pencuci mulut selepas makan..
sedangkan islam mengajar makan buah sebelum makan makanan berat..
mari kita lihat tajuk diatas.. untuk merungkai slah satu penipuan barat yg diajar kan kepada kita melaui bidang perubatan moden..

Sumber rujukan : Face book Eida Arisya

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.